smunsatuserang

komunitas online sma negeri 1 serang banten
 
IndeksFAQPencarianPendaftaranAnggotaGroupLogin

Share | 
 

 Ciri-ciri masyarakat Jepun yang patut dicontohi

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Go down 
PengirimMessage
Aldi Ynu
ANAK BARU
ANAK BARU


Male
Jumlah posting : 17
Location : Yokohama
Job/hobbies : Student
Registration date : 10.10.07

PostSubyek: Ciri-ciri masyarakat Jepun yang patut dicontohi   Mon Nov 05, 2007 4:33 pm

Ciri-ciri yang patut dicontohi

1.MENEPATI MASA
Ini adalah satu sifat yang sangat sinonim dengan masyarakat Jepun yang baik untuk kita contohi. Densya(keretapi) dan bas akan datang tepat pada waktu yang dijadualkan. Di sini kita dapat lihat attitude mereka nihonjin ini terhadap masa.


Allah berfirman dalam surah al-Asr yang bermaksud "Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang mengerjakan amal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran."

2.MENJAGA KEBERSIHAN
Kebersihan adalah satu lagi sifat yang amat saya sanjung pada masyarakat Jepun ini. Kalau kita menggunakan tandas-tandas awam di sekolah mahupun di eki (stesen keretapi), kita akan dapati tandasnya sangat bersih. Amat berbeza sekali kalau nak dibandingkan dengan di negara kita. Walaupun ada pekerja yang membersihkannya tetapi pada pendapat saya hal ini mustahil berlaku tanpa kerjasama dari orang ramai. Ini kerana rakyatnya memang terdidik sebegitu. Alangkah bagusnya jika rakyat negara kita juga terdidik untuk sentiasa menjaga kebersihan.

3.JUJUR
Kes-kes seperti kecurian amat jarang sekali didengari berlaku di Jepun. Kadangkala saya sering terlupa untuk mengunci pintu rumah apabila keluar rumah ataupun tertinggal barang di kelas misalnya, tapi alhamdulillah selamat. Tidak pernah berlaku kes kecurian atau rompakan apatah kes ragut. Alhamdulillah sepanjang saya berada di sini saya sentiasa berasa selamat walaupun kadangkala terpaksa berjalan seorang diri.

4.RAJIN MEMBACA
Di mana-mana saja kita pergi baik di dalam kenderaan awam, sambil menunggu densya, dan sebagainya kita dapat lihat mereka memegang buku dan membaca. Satu sifat yang wajib dicontohi oleh semua orang. Kita dapat lihat mereka bersungguh-sungguh menuntut ilmu, maka tak hairanlah masyarakat Jepun ini dapat mencapai kemajuan yang tinggi.

5.TEKUN BEKERJA dan BERTANGGUNGJAWAB
Sifat yang paling saya salute dan tabik pada masyarakat Jepun. Tak kira pensyarah, pekerja pejabat, pelayan restoran, driver bas dan sebagainya, mereka amat komited dengan kerja masing-masing. Kebiasaannya mereka akan bekerja sehingga melampaui jadual waktu bekerja. Bagi mereka kerja adalah segala-galanya. Maka tak hairanlah dimana-mana saja banyak syarikat Jepun yang gah di mata dunia. Berkat ketekunan dan hasil usaha gigih mereka.

6.SISTEMATIK
Ini sifat yang amat saya kagum. Sebagai contohnya sistem pembuangan sampah/kitar semula yang teratur. Ditetapkan hari sekian-sekian untuk membuang barang/sampah sekian-sekian yang wajib diasingkan (bunbetsu). Di Indonesia juga ada sistem seperti ini tapi mungkin kerana tidak terdidik untuk melakukannya membuatkan sistem itu tidak begitu berjaya dilakukan.

Sistem dan jadual perjalanan densya/bas yang teratur dan sampai tepat pada masanya. Sistem penghantaran barang yang cekap dan fleksibel. Dan banyak lagi.

Sebenarnya banyak lagi sifat-sifat lain tapi cukuplah saya senaraikan setakat di atas saja.Tujuan saya menulis ini bukanlah untuk membangga-banggakan Jepun atau merendah-rendahkan negara sendiri. Tapi sekadar berkongsi akhlak-akhlak baik yang terdapat pada masyarakat Jepun ini yang boleh kita contohi dan kita jadikan ikutan. InsyaAllah mana yang baik kita ambil dan jadikan contoh ikutan. Kerana akhlak-akhlak yang ditunjuk oleh orang Jepun ini sebenarnya amat menepati ciri-ciri Islam
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
 
Ciri-ciri masyarakat Jepun yang patut dicontohi
Topik sebelumnya Topik selanjutnya Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
smunsatuserang :: Berita :: Luar Negeri-
Navigasi: